Sunday, December 13, 2015

Percutian Ke Istanbul




9D 7N
RM4450 
(Exc-Tipping & Insurans)

**21 ORANG TELAH MENDAFTAR DIRI.





Hari Ke-1 (Istanbul - Bursa )(L/D)
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk dan disambut oleh wakil disana. Bertolak ke Eskihisar dengan feri bot ke Yalova kemudian menuju ke Bursa. Di Bursa, melawat ke Masjid Besar, Masjid Hijau, Makam Hijau dan Pasar Sutera. Masa diperuntukkan untuk membeli belah sebelum bertolak ke hotel.
Hari Ke-2 (Bursa - Pamukkale )( B/L/D)
  • Selepas sarapan, bertolak ke Pamukkale dan melawat tempat air panas berkapur. Kemudian, melawat ke runtuhan Kota Purba Hierapolis dan  Kilang Pengeluaran Pakaian yang merupakan eksport utama Turki. Masa lapang untuk membeli-belah sebelum bertolak ke hotel.
Hari Ke-3 (Pamukkale - Konya - Cappadocia ) (B/L/D)
  • Melawat landskap yang menarik di mana petani menjalankan kehidupan mereka. Kemudian melawat Kota Mevlana yang terkenal dengan budaya tarian sufi di Konya sebelum meneruskan perjalanan ke Cappadocia. Melawat  ke Oresin Caravanserai, dimana terkumpul rumah rehat (inns/ hotel) contoh yang digunakan oleh pedagang dan menginap di Cappadocia.
Hari Ke-4 ( Cappadocia ) (B/L/D)
  • Melawat ke Bandar Bawah Tanah dan berhenti mengambil gambar di Lembah Burung dan di kaki Istana Uchisar. Makan tengahari di perkampungan Avanos  dan ke kedai pembuatan tembikar tempatan. Melawat Lembah Dervent dan Lembah Pasabag yang mempunyai pembentukan gunung berapi yang unik. Kemudian, singgah di Kedai Koperasi Tenunan Permaidani sebelum balik ke hotel.
Hari Ke-5 ( Cappadocia - Ankara - Bolu ) (B/L/D)
  • Selepas sarapan, berlepas ke Ankara. Melawat Tasik Garam dan Makam Ataturk. Kemudian, melawat Masjid Haci Bayram Veli sebelum ke Bolu untuk makan malam dan menginap di hotel.
Hari Ke-6 (Bolu - Istanbul) (B/L/D)
  • Selepas sarapan, bertolak ke Istanbul. Menaiki Bosphorus Cruise sebelum melawat Masjid Sultan Suleiman The Magnificent. Menginap di hotel di Istanbul.
Hari Ke-7 (Istanbul) (B/L/D)
  • Melawat Masjid Biru yang terkenal dengan keunikannya dan Hippodrome di mana menjadi tempat perlumbaan kereta kuda dan sukan gladiator. Kemudian, melawat ke Oriental Topkapi Palace, kediaman Kesultanan Uthmaniyyah dan melawat Grand Bazar Lama sebelum kembali ke hotel dan makan malam.
Hari Ke-8 (Berlepas) (B)
  • Selepas sarapan pagi, bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dengan Qatar Airways.

No comments:

Post a Comment