Wednesday, December 23, 2015

Pakej-Pakej Menarik Ke Indonesia



4D3N
RM 1050

Ingin melancong, tapi tiada destinasi ? Nah, kami sediakan pakej dengan harga murah and berpatutan  ke pelbagai destinasi di Indonesia.



PERCUTIAN KE PADANG BUKIT TINGGI





PERCUTIAN KE BANDUNG, JAKARTA





PERCUTIAN KE MEDAN, DANAU TOBA








PERCUTIAN KE ACEH




Sunday, December 13, 2015

Pakej Umrah 2018

Pakej Umrah 2018


Umrah 

12D 10N

Harga Pakej Umrah Bermula Dari 

RM 7650/ pax




Percutian Ke Istanbul




9D 7N
RM4450 
(Exc-Tipping & Insurans)

**21 ORANG TELAH MENDAFTAR DIRI.





Hari Ke-1 (Istanbul - Bursa )(L/D)
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk dan disambut oleh wakil disana. Bertolak ke Eskihisar dengan feri bot ke Yalova kemudian menuju ke Bursa. Di Bursa, melawat ke Masjid Besar, Masjid Hijau, Makam Hijau dan Pasar Sutera. Masa diperuntukkan untuk membeli belah sebelum bertolak ke hotel.
Hari Ke-2 (Bursa - Pamukkale )( B/L/D)
  • Selepas sarapan, bertolak ke Pamukkale dan melawat tempat air panas berkapur. Kemudian, melawat ke runtuhan Kota Purba Hierapolis dan  Kilang Pengeluaran Pakaian yang merupakan eksport utama Turki. Masa lapang untuk membeli-belah sebelum bertolak ke hotel.
Hari Ke-3 (Pamukkale - Konya - Cappadocia ) (B/L/D)
  • Melawat landskap yang menarik di mana petani menjalankan kehidupan mereka. Kemudian melawat Kota Mevlana yang terkenal dengan budaya tarian sufi di Konya sebelum meneruskan perjalanan ke Cappadocia. Melawat  ke Oresin Caravanserai, dimana terkumpul rumah rehat (inns/ hotel) contoh yang digunakan oleh pedagang dan menginap di Cappadocia.
Hari Ke-4 ( Cappadocia ) (B/L/D)
  • Melawat ke Bandar Bawah Tanah dan berhenti mengambil gambar di Lembah Burung dan di kaki Istana Uchisar. Makan tengahari di perkampungan Avanos  dan ke kedai pembuatan tembikar tempatan. Melawat Lembah Dervent dan Lembah Pasabag yang mempunyai pembentukan gunung berapi yang unik. Kemudian, singgah di Kedai Koperasi Tenunan Permaidani sebelum balik ke hotel.
Hari Ke-5 ( Cappadocia - Ankara - Bolu ) (B/L/D)
  • Selepas sarapan, berlepas ke Ankara. Melawat Tasik Garam dan Makam Ataturk. Kemudian, melawat Masjid Haci Bayram Veli sebelum ke Bolu untuk makan malam dan menginap di hotel.
Hari Ke-6 (Bolu - Istanbul) (B/L/D)
  • Selepas sarapan, bertolak ke Istanbul. Menaiki Bosphorus Cruise sebelum melawat Masjid Sultan Suleiman The Magnificent. Menginap di hotel di Istanbul.
Hari Ke-7 (Istanbul) (B/L/D)
  • Melawat Masjid Biru yang terkenal dengan keunikannya dan Hippodrome di mana menjadi tempat perlumbaan kereta kuda dan sukan gladiator. Kemudian, melawat ke Oriental Topkapi Palace, kediaman Kesultanan Uthmaniyyah dan melawat Grand Bazar Lama sebelum kembali ke hotel dan makan malam.
Hari Ke-8 (Berlepas) (B)
  • Selepas sarapan pagi, bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dengan Qatar Airways.

Bumi Sonata, Seoul Korea



5D4N
03 Mei - 07 Mei 2018
RM3200 / Pax
ex-KL

Ingin mengembara ke Bumi Sonata atau lebih kenali Land Of The Morning Calm, Seoul Korea.





Itinerary ;
             
Hari Pertama
  • Tiba di Lapangan Terbang Incheon Korea dan disambut oleh pemandu pelancong di sana. Kemudian pergi ke Kyongbok Palace, National Folk Museum dan Presidential Blue House. Seterusnya membeli belah di Dongdaemun Market dan melawat International Mosque. Selepas itu, pergi ke Trick Eye Museum dan Ice Museum di Hongdae Street. Kemudian, pergi ke Seoul N Tower & Love Lock Wall. Seterusnya, makan tengah hari di Muslim Restaurants. Check in hotel dan makan malam di Muslim Restaurants.
Hari Kedua
  • Sarapan pagi di hotel. Kemudian, pergi ke Nami Islands. Check in hotel di Mt Sorak berserta solat. Makan tengah hari di Korean Seafood Restaurants. Selepas itu, meneruskan perjalanan ke Mt Sorak National Park dan pergi ke Kwongumsong  dengann menaiki cable car. Seterusnya, pergi ke Daepo Warf dan Seafood Market. Makan malam di Korean Seafood Restaurants dan pulang ke hotel.
Hari Ketiga
  • Sarapan pagi di hotel. Kemudian pergi ke Itaewon Street dan Itaewon Mosque atau ke Lotte World Theme Park/ Everland Theme Park. Makan tengah hari (pack lunch). Selepas itu, pergi ke Kim-chi School dengan memakai Han-bok dan kemudian membeli belah di National Ginseng Center dan Amethyst Factory. Makan malam di Muslim Restaurants dan pulang ke hotel.
Hari Keempat
  •  Sarapan pagi di hotel. Seterusnya pergi ke 2002 World Cup Stadium. Kemudian, membeli belah di Pine Tree Center, Korean Cosmetic Duty-Free Shop dan Donghwa Duty-Free Department Store. Makan tengah hari di Korean Seafood Restaurants (Seafood Hotpot). Seterusnya, membeli belah di Namdaemun Street Market dan Myeong-dong Fashion Street. Makan malam dan pulang ke hotel.
Hari Kelima
  • Sarapan pagi di hotel dan check out. Kemudian, pergi ke Korean Product Duty-Free Shop  sebelum ke Lapangan Terbang Incheon. Bertolak balik ke Malaysia.







Friday, December 11, 2015

Aceh Tsunami Memorial Tour




4D 3N

12 Mac 2016 - 15 Mac 2016
RM 1050/pax
ex-KL
ex-TIPPING

Cuti sekolah ni nak kemana je? Tak ada destinasi lagi? Jom sertai kami dengan pakej murah ke Banda Aceh. Berminat? Boleh hubungi kami.







Hari Pertama  : Banda Aceh - Sabang City Tour (L,D)

  •  Tiba di Lapangan Terbang Bandara Sultan Iskandar Muda dan disambut oleh pemandu pelancong disana. Pergi ke pelabuhan Ulhee-Lheue dan menaiki feri ke Pulau Sabang. Makan tengahari di restoran tempatan dan seterusnya ke Anoi Hitam, Pantai Sumur Tiga, Pantai Pasir Putih dan Benteng Peninggalan Jepun. Kemudian, check in hotel dan berehat. Selepas itu, pergi ke Kilometer Nol , Pantai Iboih, Pantai Rubiah  dan Masjid Babussalam Sabang. Makan malam di restoran tempatan dan  pulang ke hotel. 
Hari Kedua  : Sabang - Banda Aceh City Tour (B,L,D)
  • Sarapan pagi dan check out hotel. Pergi ke pelabuhan Balohan Sabang dan menaiki feri ke Banda Aceh. Tiba di Pelabuhan Ulhee-Lheue dan seterusnya melawat Masjid Baiturrahim, Rumah Aceh Cut Nyak Dhien dan Toko Kuliner. Check in hotel dan berehat. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu, pergi ke Pesantren/ Dayah tradisional di Aceh Besar dan ke Masjid Raya Baiturrahman. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.
Hari Ketiga  : Banda Aceh City Tour (B,L,D)
  • Sarapan pagi di hotel. Pergi ke Museum & Rumoh Aceh dan PLTD Apung. Kemudian, ke pusat membeli belah. Makan tengahari di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Selepas itu, menikmati kopi Aceh dan ke Toko Souvenir. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.
Hari Keempat  : Transfer (B)
  • Sarapan pagi dan check out hotel. Kemudian menuju ke Lapangan Terbang Bandara Sultan Iskandar Muda. Bertolak balik.

Percutian ke Land Of The Gods, Bali


4D 3N
1 Jan 2016 - 31 Mac 2016
RM660 !!
(ground sahaja)

Mencari pakej percutian ke Bali, Indonesia dengan harga berpatutan ? Kami menawarkan pakej ke Bali dengan harga murah dan berpatutan. Berminat boleh contact kami.